PalanerPercuma di App StorePercuma di Google Play
DapatkanDapatkan
Cerita-Cerita Nusantara: Pak Pandir dan Kenduri Huru-Hara
SGD 8

Cerita-Cerita Nusantara: Pak Pandir dan Kenduri Huru-Hara

Sabtu, 5 Disember 2026, 11:00Waktu tempatan (Singapore)
SGD 8Tiket dijual oleh kenduripakpandir.peatix.com
Tambah ke kalendar

Memuat turun fail .ics · Masa dalam Asia/Singapore · Google Calendar

Satu tugas. Dua orang yang ingin dijemput. Apakah yang mungkin akan terjadi?

Mak Andeh menyuruh Pak Pandir menjemput Pak Lebai dan Pak Haji ke sebuah majlis kenduri. Pak Pandir yakin dia berjaya, tetapi akhirnya, tetamu yang tiba membuat Mak Andeh terkejut besar! Siapakah yang hadir? Ayuh, sertai sesi bercerita interaktif yang penuh dengan gelak ketawa!

Selepas sesi bercerita ini, ikutilah perjalanan ke Galeri Tetap Taman Warisan Melayu untuk mengetahui lebih tentang harta benda dan tradisi yang diwariskan dalam sebuah keluarga, seperti tradisi berkenduri. Selanjutnya, anda berpeluang untuk mencorak tetamu-tetamu kejutan Pak Pandir dalam sebuah sesi kraftangan.

Tentang Program Ini
Tarikh: 5 Disember 2026, Sabtu
Masa: 11.00pg - 12.30ptg
Tempat: Bilik Sirih, Taman Warisan Melayu (Informasi lanjut akan diterangkan dalam emel pengesahan)
Harga tiket: $16 untuk seorang ibu/bapa dan kanak-kanak, $8 untuk seorang ibu/bapa atau kanak-kanak tambahan
Sesi ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 – 7 tahun.

Tentang Tempahan Tiket

Setiap tiket dikhaskan untuk seorang ibu/bapa dan kanak-kanak. Terdapat juga kategori tiket untuk ibu/bapa atau kanak-kanak tambahan. Harap maklum bahawa penyertaan ibu atau bapa adalah wajib untuk program ini.

Jika anda tidak dapat memilih tiket, ini bermakna slot yang tersedia telah penuh. Sila nantikan program-program TWM yang akan datang.

Terma dan Syarat

Tiket-tiket yang telah dibeli tidak boleh dijual, diganti, atau dikembalikan.

Untuk perhatian anda

Program ini akan dikendalikan dalam bahasa Melayu.

Program ini akan berlangsung tidak kira cuaca.

TWM akan merakam program ini melalui fotografi dan videografi. Gambar-gambar dan video-video yang diambil mungkin akan digunakan oleh TWM untuk tujuan pemasaran pada masa depan.

Ask Palaner

Going to Cerita-Cerita Nusantara? Ask me anything about it.

I read the organiser's pages and answer in a few seconds.

Answers are AI-generated · Privacy